19 Aug 2011

dugaan di bulan mulia ini T_____T

semalam merupakan peperiksaan percobaan yang menetukan masa hadapan . akan bersambung pada minggu depan pula. lingkaran gelap di bawah mata telah melabuhkan tirainya . dan aku kelihatan seperti PANDA T__T  bukan panda yang ada di benak fikiranku . tetapi EXAM ! aku dah berusaha sehebat mungkin . kata kata cikgu sejarah mula bermain di fikiran . ' make them proud ' insyaallah . aku akan cuba untuk mendapat keputusan yang baik agar dapat menuntut PSP dari mak aku :DD ahaaaaks

bila bulan puasa ni selalunya aku akan telepon apak aku suruh beliau amik dekat sekolah . almaklumlah puasa kenn malas dan penat nak jalan kaki . tapi semalam entah dimana silapnya . salah aku kah atau telepon awam ? aku call rumah berkali kali tapi tak de sapa yang angkat . ada laa jugak dalam 600 kali aku dail . dah nak jahanam talifon tu aku rasa . sekali lagi aku dail . kalau tak angkat memang aku hentak je public phone tu ! yesss dia memang sengaja menguji kesabaran seorang gadis muslimah yang sopan lagi baik -..- daaaan aku ambil keputusan untuk call mak aku . beliau berkata 'ibu dekat rumah nenek ni . ' OMJAYYYY . rumah nenek okeyy . dekat klanggg ......... kalau nak tunggu memang lama lah kan memandangkan kepala hotak aku tengah sakit macam nak pecah ditetak hammer ! yaaa kali ini pulang dengan menggunakan 2 kaki sahaja .

panas terik. penat. haus. pening . kalau boleh jalan sambil tido memang dah lama dah aku buat . tapi apakan daya . ketika aku menyusuri sebatang jalan yang sunyi dan lapang aku dikejutkan dengan sebuah pencemaran bunyi . aku benci akan keriuhan dan kekejutan . sangat . kalau aku ada sakit buah pinggang memang dah  lama jalan ~ dua ekor manusia yang perangai tak macam manusia telah mengejutkan kau dengan suara yang tak semerdu jamal abdillah mahupun ramli sarip . beliau menjerit "WOOOOOOOOOOOOOOOOOIII !! ' tepat disebelah telinga aku . tepat okeyy ! lalu mereka terus memecut motosikal kapcai ex5 mereka . binawee . free je pahala puasaa kurang sebab termencarut dalam hati .nak diherdik kang kata aku gilaa terpekik terlolong sendirian ditambah cacian daripada mereka yang mengatakan seorang pengawas sekolah telah berkelakuan kurang sopan . bahaya tu. boleh menjatuhkan reputasi .

peristiwa berikut telah banyak kali aku lalui ketika pulang dari sekolah . sesungguhnyaaaa mereka adalah manusia yang tidak berpedoman lagi tidak bertamadun . tak suka dengan keadaan tersebut lalu merunggut runggut di sepanjang jalan pulang ke rumah . sekian ==Y


*dah macam buat karangan PMR lah pulak :P

No comments:

Post a Comment