6 Jan 2012

kelepuk "eh nyamuk"

masa hari nak exam haritu , waktu tu malam besoknya ada exam sains . sains ni aku malas sikit nak baca biasanya aku main tibai je jawab . hahaa sebab tu tak penah dapat A. sobbbs . malam tu aku study dekat bilik abang aku . saje je la kan ubah suasana ke tempat yang serabut sikit . biasalah bilik bujang kan jarang sekali nak kemas . dok selak selak buku lepas tu ngantuk . ahh tak boleh jadi ni baik aku tido lepas yakin apa yang aku belajar semua dah masuk . konon la masuk kan time exam entah hape aku goreng . aku tertido kat bilik tu lepas tu kan dalam pukul doblas macam tu abang aku masuk bilik tu kan lepas tu kau tau dia buat apa ? dia pergi lepuk dahi aku . mau tanjat gegirl . lepas tu dia kata  

" nyamuk "
abah ang nyamuk sakit gile dahi aku . dahtu boleh cakap

" weyyh aku nak pinjam duit "
ahh best dah lepuk dahi aku nak pinjam duit pulak . nasib aku tengah mamai dan dan je terus amik duit kasi dia . agak-agak boleh bayang muka aku tak masa tengah terkejut tu . hahahaha

11 Dec 2011

you by nur jannah alia and more




abang aku masuk bilik aku pasang lagu ni . another 1 hour dia masuk lagu ni lagi .

'berapa kali kau nak ulang lagu ni? '


sentap mak nakk ~~

secara ironinya , fulamaaaakk ironinya tuu . aku memang suka dengar lagu fevret aku ulang ulang banyak kali :D its fun bebeeehh .

another one week result exam waa nak keluar . fuuu berdebar debar jantung serta limpa diikuti peparu juga tidak ketinggalan esofagus yang melakukan proses peristalsis . ahhhh serabut tahap rumput yang tumbuh panjang melata di laman rumah aku . doa yang baik baik saja okeyyy :DD

p/s : mak aku selalu doakan aku nanti study kat oversea . hehehhehe amiin :)

setiap usaha pasti ada kejayaan . struggle girl . u can do it . haaha dah macam duta nike dah --''

23 Aug 2011

sebakul kucing

apakah penjodoh bilangan bagi kucing ?

jika jawapan anda adalah seekor, maka salah ! yess . *hang toksah nak kata aku tak poie sekolah ke hapa kerana









ini adalah sebakul/sebesen kucing

ingat comel sangat ke ? -..-



19 Aug 2011

dugaan di bulan mulia ini T_____T

semalam merupakan peperiksaan percobaan yang menetukan masa hadapan . akan bersambung pada minggu depan pula. lingkaran gelap di bawah mata telah melabuhkan tirainya . dan aku kelihatan seperti PANDA T__T  bukan panda yang ada di benak fikiranku . tetapi EXAM ! aku dah berusaha sehebat mungkin . kata kata cikgu sejarah mula bermain di fikiran . ' make them proud ' insyaallah . aku akan cuba untuk mendapat keputusan yang baik agar dapat menuntut PSP dari mak aku :DD ahaaaaks

bila bulan puasa ni selalunya aku akan telepon apak aku suruh beliau amik dekat sekolah . almaklumlah puasa kenn malas dan penat nak jalan kaki . tapi semalam entah dimana silapnya . salah aku kah atau telepon awam ? aku call rumah berkali kali tapi tak de sapa yang angkat . ada laa jugak dalam 600 kali aku dail . dah nak jahanam talifon tu aku rasa . sekali lagi aku dail . kalau tak angkat memang aku hentak je public phone tu ! yesss dia memang sengaja menguji kesabaran seorang gadis muslimah yang sopan lagi baik -..- daaaan aku ambil keputusan untuk call mak aku . beliau berkata 'ibu dekat rumah nenek ni . ' OMJAYYYY . rumah nenek okeyy . dekat klanggg ......... kalau nak tunggu memang lama lah kan memandangkan kepala hotak aku tengah sakit macam nak pecah ditetak hammer ! yaaa kali ini pulang dengan menggunakan 2 kaki sahaja .

panas terik. penat. haus. pening . kalau boleh jalan sambil tido memang dah lama dah aku buat . tapi apakan daya . ketika aku menyusuri sebatang jalan yang sunyi dan lapang aku dikejutkan dengan sebuah pencemaran bunyi . aku benci akan keriuhan dan kekejutan . sangat . kalau aku ada sakit buah pinggang memang dah  lama jalan ~ dua ekor manusia yang perangai tak macam manusia telah mengejutkan kau dengan suara yang tak semerdu jamal abdillah mahupun ramli sarip . beliau menjerit "WOOOOOOOOOOOOOOOOOIII !! ' tepat disebelah telinga aku . tepat okeyy ! lalu mereka terus memecut motosikal kapcai ex5 mereka . binawee . free je pahala puasaa kurang sebab termencarut dalam hati .nak diherdik kang kata aku gilaa terpekik terlolong sendirian ditambah cacian daripada mereka yang mengatakan seorang pengawas sekolah telah berkelakuan kurang sopan . bahaya tu. boleh menjatuhkan reputasi .

peristiwa berikut telah banyak kali aku lalui ketika pulang dari sekolah . sesungguhnyaaaa mereka adalah manusia yang tidak berpedoman lagi tidak bertamadun . tak suka dengan keadaan tersebut lalu merunggut runggut di sepanjang jalan pulang ke rumah . sekian ==Y


*dah macam buat karangan PMR lah pulak :P

7 Aug 2011

eh, nak dekat dah dia -..-

hari ini, besok, lusa, tulat, kelat, dan lalat .

dihitung dan dikira. semakin hampir rasanya. membelenggu diriku . masa berlalu terlalu cepat. sehingga tidak dapat mengejarnya. bagiku, 24 jam sehari tidak mencukupi. tetapi apa yang aku boleh lakukan ? memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya . insyaallah.

ayat pembuka kata sangat puitis dan tak boleh pergi . ahaaaks . 10 days anymore . yeahhh ! sepuluh hari je lagi nak trial ! bagaikan nyawa dihujung kerongkong . yelah aku tau bagi uolls setakat exam picisan macam ni pandang sebelah mata ke ken ? tapi ade aku kesah ? aku pandang semua exam dengan dua dua belah mata tau .  exam ni penentu masa depan aku wlaupun ada yang mengatakan SPM lagi penting . so what ? PMR pong penting what ! habis tu kalau dapat 7e 1a macam mana ? nak dok kelas  mana form 4 nanti ? haa masa depan lah tu .

aku bukan jenis budak sekolah yang stok stok genius 24/7 ngadap buku tu . TAK ! nehi ! dah nak exam barulah aku baca buku. tapi, ni exam besar. tak kan lagi seminggu nak exam baru nak baca buku kot ? mati terkujat lah nok . sebab tu la aku tak pernah naik pentas amik hadiah kecemerlangan . AHAAAKS :)

sekarang jadual belajar telah berputar 90 darjah . taklah sampai 360 darjah kan ? balik sekolah aku akan naik pusat sumber. rajin giler pergi pusat sumber dekat tingkat 4 tu . sabar dulu . aku pergi pusat sumber/PS sebab nak lepak je. ada air cond . harharhar. entahlaa kalau prgi ps memang tak study pong. cukup cukup lah study dekat klass. nanti dekat rumah nak study lagi.

rasa penat pulak . nak taip pepanjang line tak berapa clear. al maklumlah online dekat pc kan . manusia dalam rumah ni lalu lalang . nak taip pon tak senang .kalau online dekat laptop senang banyak . . heehh . laptop guwa dah kene sorok derr . nak exam katanyaaaa :P tuiiihh laaa .

chaaaww :)
*TOLONG DOAKAN SAYA :) TOLONGLAH . DAH NAK TRIAL NI. *


semua doa macam ni tau . ya allah semoga adila dapat jawab exam dengan mudah . dan lulus cemerlang . amiin :) 




semoga dapat keputusan cemerlang dan menggembirakan ibu :) semoga dapat masuk asrama :) ahaaaks 

1 Aug 2011

1st ramadan yang cool

assalamualaikum :D

alhamdullilah . settle sudah ramadan pertama . ada lagi 29 hari . rilexx . jangan nak raya sangat. aku tahun ni tak raya lah gamaknyaa . kang nanti orang raya makan ketupat rendang aku makan buku, tido dengan buku , raya dengan buku . peeerrhh sebak bhaaii . tapi tak pe. aku coool je .  lagi dua minggu je lagi nak trial . guwa nebess ni .

okey ebelibadi, aku nak ucapkan selamat menyambut ramadan al mubarak . puasa penuh tau . jangan lupa pi terawih. tak cool ahh tak gi terawih . kihkihkih. masa aku kecik kecik  dulu aku suka bukak peti ais time puasa lepas tu minum air . hahahaa. cool lah kan . budak kecik.

orang buat entry puasa aku pon nak jugak . apedehall . coool lah .

okeyy chhhaw :) nak setadi .

17 Jul 2011

buku hikayat darjah lima

assalamualaikum :)

tengah sedang rilex rilex menghirup udara segar di luar rumah tiba tiba aku terpandang sesuatu disatu sudut . jengjengjeng .

satu tumpukkan buku buku lama. tengah dok selak satu satu terjumpa pulak buku aku masa darjah 5 . makkk aihh tulisan dia kemain buruk lagi . tak percaya ? nak tengok ?

sila scrool kebawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

klik gambar untuk tumbesaran pesat
ni kulit depan dia -..-




semput tengok tulisan sendiri .

ahh ~ semput


okey sekiann terima kasih :)